Cari @ Amanz

Twitter kini dikenali sebagai X. Dalam langkah penjenamaan semula ini, segala terma berkaitan tweet atau Twitter telah dibuang. Misalnya TweetDeck kini menjadi XPro, terma Tweet digantikan dengan Post, logo aplikasi dan pada web turut menggunakan ikon X dan banyak lagi.

Perkhidmatan langganan berbayar mereka yang dahulunya Twitter Blue turut ditukar kepada Blue sahaja. Baru-baru ini, Elon Musk dilihat menukar pula Blue kepada X Premium. Informasi ini diumumkan oleh Elon Musk sendiri ketika memberitahu orang ramai mengenai pembayaran kepada penerbit kandungan untuk iklan yang dipaparkan di bawah kandungan masing-masing.

Akaun X rasmi Blue turut ditukar menjadi Premium. Dalam semakan saya di web, aplikasi Android dan iOS perkhidmatan langganan berbayar X ini masih digelar sebagai Blue dan belum ditukar kepada Premium secara menyeluruh. Harga langganan X Premium bermula pada RM35 sebulan atau RM369 setahun. Apa pendapat anda mengenai penjenamaan semula ini?

  • Sumber
  • X – Elon Musk
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd