Carian
Twitter Meneruskan Penjenamaan Ke X – TweetDeck Kini Dikenali “XPro”
August 2, 2023 Fahim Zahar

Seperti ramai sedia maklum, Twitter kini dikenali sebagai X. Penjenamaan semula ini telah lengkap dengan ikon di web, aplikasi iOS dan Android yang menggunakan penjenamaan “X”. Terma Tweet juga telah digantikan dengan Post dan akaun rasmi perkhidmatan sosial tersebut juga kini adalah @X, @Pro dan @XBlue.

Disamping web Twitter, terbaru dilihat TweetDeck telah ditukar kepada XPro. Laman web XPro walau bagaimanapun masih menggunakan alamat tweetdeck.twitter.com buat masa ini. Di laman ini jika tidak log masuk akaun, X turut membenarkan pengguna mengakses ke XPro legasi iaitu “TweetDeck” versi lama.

Untuk makluman, TweetDeck atau XPro memudahkan pengurusan sejumlah akaun Twitter/X dengan mudah, termasuk menetapkan lajur-lajur khusus untuk kata tagar, kata carian, atau memantau sesuatu akaun melaluinya.

Disamping penjenamaan ini, XPro kelak turut akan terhad kepada pelanggan Blue sahaja. Tetapi saya yang tidak melanggan Blue sehingga hari ini dilihat masih boleh menggunakan XPro seperti biasa cuma dengan ciri yang terhad seperti ketiadaan pengurusan akaun bersama.

Komen