Carian
X Diberikan Pelepasan Untuk Menggunakan Nama Satu Abjad Di App Store
August 1, 2023 Effi Saharudin

X (dahulunya Twitter) kini disenaraikan di gedung aplikasi App Store. Apple memberikan pelepasan khas untuk X untuk memaparkan aplikasi mereka yang hanya mempunyai satu abjad sahaja sedangkan garis panduan stor sebelum ini mengatakan aplikasi perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua abjad.

Perubahan Twitter ke X dilakukan oleh Elon Musk minggu lalu bermula dengan versi web sebelum diberikan juga kepada aplikasi telefon pintar. Mereka pada awalnya dihalang menggunakan nama X dalam App Store disebabkan oleh garis panduan Apple. Selain itu ibu pejabat X di San Francisco juga telah membuang penjenamaan Twitter dan logo burung biru yang ikonik yang digantikan pula oleh logo X gergasi pada bahagian bumbung.

Di bawah Elon Musk, X akan memulakan era baharu sebagai aplikasi super yang kelak boleh menyokong pembayaran, pembelian, dan menonton kandungan video. Ia adalah visi Elon Musk sejak masih lagi bersama PayPal lebih dua deka yang lalu.

Komen