X (dahulunya Twitter) kerap aktif dalam pembangunan dan bereksperimen dengan pelbagai ciri serta fungsi baharu. Bulan lepas mereka mengacah pengguna boleh menyusun siaran pada bahagian balasan. Terbaru Andrea Conway, selaku pereka di X mengacah yang pengguna kelak turut boleh menyusun siaran pada profil.
Jelas sekali ciri ini mengambil inspirasi daripada ruangan komen di Facebook, di mana pengguna boleh menyusun komen mengikut “Komen Teratas”, “Paling Terkini” atau “Semua Komen”. Untuk X, Conway turut memperlihatkan tiga kategori iaitu “Most recent“, “Most liked” dan “Most engaged with“. Besar kemungkinan ini adalah kategori yang sama untuk bahagian balasan nanti.

Langkah ini dilihat selari dengan apa yang Elon Musk mahukan, iaitu mengutamakan paparan siaran oleh pengguna X Premium di bahagian balasan sesuatu siaran. Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri ini akan dilancarkan. Apa pendapat anda mengenai ciri ini?
- Sumber
- X – Andrea Conway