Pengeluar peranti jarang menggunakan titanium sebagai kerangka. Kali terakhir saya menggunakan peranti yang menggunakan bahan binaan tahan lasak ini adalah pada Essential PH-1. Walau bagaimanapun titanium dilihat mungkin akan digunakan secara berleluasa bermula pada tahun ini.
Kami telah pun melaporkan yang iPhone 15 Pro mungkin akan menggunakannya kemudian diikuti pula dengan iPad baharu. Ice Universe baru-baru ini melaporkan yang Samsung Galaxy S24 Ultra turut akan menggunakan kerangka titanium. Ia dijangka akan menjadikan peranti mercu ini lebih tahan lasak dan sukar untuk calar.
Menariknya, Ice Universe mendakwa yang S24 Ultra mempunyai berat hanya 233 gram, 1 gram lebih ringan berbanding S23 Ultra. Jika dibandingkan dengan iPhone 14 Pro yang menggunakan aluminium yang mempunyai berat 240 gram, peranti baharu Samsung ini mungkin lebih mudah dikendalikan dengan satu tangan dan lebih selesa untuk digunakan.
Sama-sama kita nantikan untuk mengetahui adakah benar dakwaan ini. Jika ya, kita mungkin akan lihat lebih banyak peranti menggunakan titanium selepas dua pengeluar peranti gergasi ini memulakannya terlebih dahulu.