Carian
Oppo Find N3 Akan Hadir Dengan Skrin Yang Lebih Besar Berbanding Find N2
August 22, 2023 Fahim Zahar

Find N adalah siri telefon lipat oleh Oppo. Mereka menawarkan dua jenis sama seperti Samsung iaitu flip dan lipat seperti buku. Peranti terbaru mereka adalah Find N2 dan Find N2 Flip yang mana menawarkan pengalaman penggunaan yang menarik berbanding pesaing. Lebih-lebih lagi rekabentuk Find N2 yang amat praktikal dan mesra pengguna.

Akan datang, Oppo akan melancarkan Find N3 pula. Digital Chat Station melaporkan Find N3 akan menggunakan skrin dalam bersaiz 7.82″ dan skrin luar yang bersaiz 6.3″. Ini adalah lebih besar berbanding 7.1″ dan 5.54″ pada Find N2 tahun ini.

Find N3 turut akan hadir dengan pilihan memori mencapai 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS 4.0. Sumber menyatakan Oppo turut sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan variasi 24GB RAM.

Saiz skrin Find N3 akan menarik perhatian orang ramai yang gemar menggunakan skrin besar. Find N3 mungkin masih terhad untuk pasaran China sahaja, akan tetapi OnePlus Open yang mempunyai spesifikasi lebih kurang sama dikatakan akan dilancarkan secara global. Sama-sama kita nantikan.

Komen