Beberapa minggu lepas antaramuka Google Message untuk sokongan menghantar mesej kecemasan dengan satelit tertiris. Sokongan pada peranti Android dijayakan dengan Qualcomm Snapdragon Satellite yang masih belum digunakan secara meluas.
Terbaru, Google dilaporkan akan bekerjasama dengan Garmin untuk ciri pemesejan satelit ini. Ciri ini dikatakan akan ditawarkan kepada lebih 200 negara, lebih banyak berbanding yang ditawarkan Apple sekarang. Neïl Rahmouni sekali lagi menemui kod pada aplikasi Google Message, mencadangkan ciri ini akan menghubungkan pengguna kepada pusat Garmin Response.

Menghantar mesej kecemasan menggunakan satelit masih terhad kepada telefon pintar terpilih sahaja. Ini kerana ia memerlukan peranti yang dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, misalnya Samsung Galaxy S23 Ultra yang akan menggunakan perkhidmatan Iridium Communications.
Cukup bagus Google bekerjasama dengan Garmin kerana di Garmin Response terdapat pekerja yang aktif untuk 24 jam dan boleh membalas mesej bersama pengguna yang memerlukan bantuan. Di laman Garmin, Malaysia menerima sokongan ini.

Sejak ciri telekomunikasi satelit diaktifkan pada peranti iPhone 14 sejak November tahun lalu. Terdapat beberapa insiden pemilik peranti diselamatkan walaupun tanpa sokongan selular. Dalam kejadian kebakaran hutan di Hawaii minggu lalu misalnya, ada mangsa yang berjaya melakukan panggilan selepas sistem selular pulau terputus.
- Sumber
- X – Neïl Rahmouni