Carian
Google Pixel 8 Mungkin Menyokong Kemas Kini 5+5 Tahun
August 29, 2023 Fahim Zahar

Tidak banyak peranti Android yang menawarkan sokongan kemas kini perisian sehingga lima tahun. Biasanya adalah 2 atau 3 tahun sistem operasi dan kemudian 4 atau 5 tahun tampalan sekuriti. Paling lama sehingga hari ini adalah Samsung yang menjanjikan kemas kini 4+5 tahun, Honor dengan 3+5 tahun , Poco adalah 2+3 tahun, dan pula Xiaomi 3+4 tahun.

Terbaru, Google dilaporkan ingin menjadi pengeluar peranti Android pertama yang memberikan sokongan kemas kini paling lama 5+5 tahun – 5 versi Android dan 5 tahun tampalan sekuriti bermula dengan Pixel 8. Ketika ini Pixel hanya menerima kemas kini 3 +5 tahun sahaja.

Google mungkin akan mengikut langkah NVIDIA Shield yang diberikan kemas kini sehingga 8 tahun kerana NVIDIA sendiri yang menghasilkan cip Tegra X1 pada peranti tersebut. Dengan Google menghasilkan sendiri cip Tensor kesemua peranti Pixel yang menggunakan cip ini boleh menerima sokongan kemas kini yang lebih lama.

Komen