Carian
X Akan Menyokong Log Masuk Tanpa Kata Laluan
August 29, 2023 Fahim Zahar

Beberapa bulan lalu, X telah mengubah ciri pengesahan dwi-faktor mereka dengan mengehadkan pilihan menggunakan SMS kepada pelanggan X Premium. Tanpa SMS, pengguna terpaksa beralih menggunakan aplikasi seperti Google Authenticator atau menggunakan kunci keselamatan fizikal.

Terbaru, X dilaporkan sedang menguji ciri passkey iaitu kaedah log masuk baharu tanpa memerlukan kata laluan. Penggunaan passkey turut bergantung kepada peranti yang digunakan dan juga perisian yang dijalankan.

Passkey adalah teknologi yang Apple, Google dan Microsoft bekerjasama bersama-sama. Ia menyokong piawaian FIDO Alliance untuk memudahkan proses log masuk. iPhone misalnya boleh menggunakan Face ID atau Touch ID untuk mengesahkan identiti pengguna sebelum log masuk. Google pula dengan imbasan cap jari atau kod QR.

Buat masa ini masih tidak pasti bila X akan mula menawarkan penggunaan passkey ini. Dalam percubaan saya untuk akaun Google setakat ini, ia adalah perkara yang amat memudahkan hidup saya sekarang.

Komen