Apple akan mengekalkan penggunaan modem 5G keluaran Qualcomm pada iPhone sehingga 2026. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Qualcomm hari ini, Apple bersetuju melanjutkan persetujuan penggunaan modem mereka yang sepatutnya tamat penghujung 2023.

Ini mungkin petanda awal bahawa pembangunan modem 5G kendiri oleh Apple masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Sebelum ini mereka berjinak-jinak dengan modem keluaran sendiri tetapi ia menawarkan kelajuan internet lebih perlahan berbanding keluaran Qualcom.
Kedua-dua syarikat sebelum ini menyaman satu sama lain berkenaan paten model 5G sebelum diselesaikan di luar mahkamah. Oleh sebab itu Apple diuar-uarkan akan menggunakan modem kendiri tahun ini menerusi iPhone SE Gen 4 yang kemudiannya dibatalkan.