Cari @ Amanz

Sensor baharu Sony LYTIA berkemungkinan besar menjadi sensor terhangat pada peranti Android tahun in. Sebagai pengeluar sensor kamera terbesar dunia, kepakaran Sony dalam arena fotografi tidak boleh dinafikan. Terkini Oppo dan Sony mengumumkan kerjasama dalam pembangunan sensor LYTIA terkini.

Sensor dua lapisan adalah kesinambungan kepada sensor yang digunakan pada Xperia 1 V yang dilancarkan awal tahun ini. Dengan dwi-lapisan transistor ia boleh menawarkan prestasi rakaman mod malam lebih baik kerana boleh menangkap lebih banyak cahaya. Oppo menjadi syarikat kedua di bawah BBK Electronics yang bekerjasama dengan Sony. Vivo terlebih dahulu melakukan pengumuman yang sama Mei lalu untuk siri X100 mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd