Tahun ini muncul isu pemilik iPhone 14 Pro yang merungut tahap kesihatan bateri mereka sudah di bawah 90% walaupun peranti belum berusia setahun. Apabila kesihatan bateri merosot, iOS boleh mengurangkan prestasi pemproses bagi memastikan operasi iPhone tidak terjejas. Menyedari isu ini, Apple telah memperkenalkan ciri mengehadkan tahap peratusan pengecasan bateri menerusi iOS 17.

Menurut 9to5 Mac, pemilik boleh menetapkan sendiri nilai peratusan bateri akan dicas. Apabila mencapai hadi ini proses pengecasan akan dihentikan. Ini secara teori akan menyelesaikan isu kesihatan bateri terjejas teruk selepas setahun kerana dicas setiap hari. Kerana iOS 17 belum diberikan kepada semua, tidak diketahui lagi pada waktu ini sama ada ciri ini akan diberikan kepada semua iPhone atau terhad kepada iPhone 15 baharu sahaja.
Kepada pemilik iPhone kami sarankan anda aktifkan ciri Optimised Battery Charging yang sudahpun diberikan sebelum ini. Menerusinya iPhone akan mengecas bateri sehingga 80% sebelum secara perlahan mencecah 100% berdasarkan tabiat pengguna bangun tidur misalnya.