Carian
George Zhao – Mustahil Untuk Honor Kembali Kepada Huawei
September 20, 2023 Effi Saharudin

Honor bergerak secara sendiri pada tahun 202o selepas meninggalkan Huawei yang merupakan syarikat induk mereka sebelum itu. Huawei menjual Honor bagi memastikan rakan niaga dan rantaian bekalan tidak terjejas berikutan sekatan yang dikenakan oleh Amerika terhadapnya. Baru-baru ini timbul spekulasi di China mengatakan Honor akan kembali bersama Huawei. George Zhao Ming, CEO Honor telahpun menafikan spekulasi ini kepada media China.

George Zhao Ming

Zhao berkata adalah mustahil untuk Honor kembali ke dalam lipatan Huawei. Namun begitu beliau gembira dengan kejayaan untuk kembali kerana kehadiran semula Huawei adalah baik untuk industri telefon pintar menjadikannya lebih dinamik berikutan tanggapan orang ramai ianya kini membosankan. Di IFA 2023, Zhao turut mengucapkan tahniah kepada Huawei kerana kembali menghasilkan peranti sendiri.

Tidak masuk akal untuk Honor kembali di bawah Huawei kerana mereka juga akan dikenakan sekatan. Sejak bergerak sendiri Honor mengisi kekosongan yang ditinggalkan Huawei dengan mereka menjadi pengeluar di tangga pertama di China. Di Malaysia Honor kini memegang 10% pasaran dibantu dengan peranti dengan rekaan menarik, cip mercu dan sokongan GMS tidak seperti Huawei.

Komen