Carian
Pembinaan Jeddah Tower Setinggi 1 Kilometer Dimulakan Semula
September 22, 2023 Effi Saharudin

Jeddah Tower ialah menara yang memulakan pembinaan pada tahun 2010 dengan sasaran menjadi struktur pertama dunia dengan ketinggian 1000 meter. Pembinaannya tergendala sejak 2018 kerana konflik politik di kalangan keluarga diraja Saudi. Selepas lima tahun ketinggian terhenti pada ketinggian 252 meter, pembinaan Jeddah Tower kini dilaporkan dimulakan semula.

Beberapa syarikat pembinaan besar dunia seperti Samsung telah dijemput untuk membida kontrak memulakan semula projek ini. Ketika diumumkan lebih sedekad lalu, kos pembinaannya dianggarkan sekitar $1.2 bilion. Tetapi dengan semasa semakin tinggi dan mungkin keperluan untuk rekaan semula kos baharu pastinya lebih tinggi.

Arab Saudi kini menjadi negara dengan jumlah projek mega paling banyak di dunia. Di pawah kepimpina MBS, projek membina bangunan terpanjang dunia, roller coaster terpantas, kiub terbesar dunia dan pusat peranginan moden berlangsung secara serentak. Ini adalah bagi mengubah imej negara pengeluar minyak ini menjadi destinasi pelancongan moden.

Komen