Carian
Rekaan Samsung Galaxy S23 FE, Tab S9 FE Dan Buds FE Tertiris
September 25, 2023 Effi Saharudin

Rekaan Samsung Galaxy S23 FE, Samsung Galaxy Tab S9 FE dan Samsung Galaxy Buds FE telah ditiriskan sendiri oleh Samsung menerusi lama mereka. Ura-ura pelancaran ketiga-tiga produk ini sudahpun didengari sejak lebih sebulan lalu. Tarikh pelancaran rasminya masih misteri dengan ura-ura mengatakan ia berlaku awal Oktober depan.

Kesemua peranti yang dilancarkan akan menjadi model lebih mampu milik berbanding siri S23, Tab S9 dan Galaxy Buds yang dilancarkan sebelum ini. Maklumat yang tertiris mengatakan S23 FE misalnya akan ditawarkan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan Exynos 2200. Penggunaan cip setahun ke belakang pastinya mengecewakan tetapi siri Galaxy FE kini dipasarkan sebagai model mampu milik yang ingin bersaing dengan iPhone 15.

Rekaan Galaxy Buds FE yang kami juga laporkan sebelum ini menunjukkan panel sisi yang rata dan kembalinya sayap kecil pada putik audio yang membuatkannya lebih ketat disambungkan pada telinga.

Komen