Apple Melarang Penggunaan Kabel USB-C Android Pada iPhone 15
Fahim Zahar
Sebelum ini telah kami laporkan mengenai pengguna iPhone 15 Pro mula melaporkan isu pemanasan yang serius pada peranti mereka. Untuk sebuah peranti yang berharga mencapai lebih RM8000, isu ini sepatutnya tidak berlaku.
Pada masa yang sama, Apple Store cawangan Huantyucheng di China memberi peringatan kepada pengguna iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max untuk tidak menggunakan kabel USB-C Android jika tidak inginkan isu memanas berlaku.

Alasannya adalah susun atur pin pada port USB-C Android menggunakan rekaan 9-pin sementara Apple menggunakan rekaan 11-pin. Ramai pengguna di China menyatakan ini adalah strategi Apple untuk menggalakkan pengguna membeli kabel USB-C mereka yang berharga mencapai RM399.
Secara teorinya, kabel USB yang sudah diiktiraf dengan e-marker atau menggunakan standard Power Delivery bersifat universal dan sesuai untuk pemindahan data pantas, pengecasan pantas dan juga sokongan output video. Kabel USB-C Apple mengikut piawaian PD cuma mempunyai label tambahan MFI (Made for iPhone atau Made for i Devices).
[sumber] CNMO [/sumber]