Samsung Gaalxy S23 FE akan mula dijual di Malaysia bermula 10 Oktober hadapan. Antara persoalan yang kami terima daripada pembaca adalah apakah cip yang digunakan untuk peranti tempatan. Menerusi laman rasmi Samsung Malaysia, S23 FE tempatan disahkan menggunakan cip Eyxnos 2200. Setakat ini hanya pasaran Amerika Syarikat sahaja S23 FE menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1.
Samsung Galaxy S23 FE hadir dengan skrin Dynamic AMOLED 2x bersaiz 6.4-inci FHD+, dan menyokong kadar segar semula 120Hz, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 4500 mah yang menyokong pengecasan 25W.
Ia menggunakan gabungan tiga sensor pada bahagian belakang dengan sensor utama 50-megapixel, serta dipadankan dengan sensor 12MP ultra-lebar dan 8MP telefoto. Untuk rakaman swafoto, Samsung menggunakan sensor kamera 10MP di hadapan.
Harga jualan di Malaysia ialah RM2999 untuk 8/128GB dan RM3299 untuk 8/256GB.