Carian
Pixel Watch Tidak Akan Menerima Wear OS 4 Dalam Masa Terdekat
October 6, 2023 Fahim Zahar

Antara masalah besar yang dialami oleh pengguna jam tangan pintar Wear OS adalah kemas kini perisian yang sangat perlahan. Malah ada yang terus dilupakan dan tidak menerima kemas kini baharu. Perkara ini cuba diubah dengan Wear OS 3, yang mana banyak pengeluar mula menggunakan sistem operasi generasi baharu ini.

Selepas Wear OS 4 diumumkan ketika acara Google I/O 2023, hanya Samsung Galaxy Watch6 sahaja menerima sistem operasi ini. Kemudian diedarkan kepada Galaxy Watch5 dan yang paling menyedihkan, Pixel Watch – jam Google sendiri tidak menerima kemas kini ini dan Google telah memaklumkan jam tangan pintar generasi pertama mereka ini akan mengambil lebih masa untuk menerima Wear OS 4.

Masalah kemas kini Wear OS mungkin berlaku lagi. Setakat ini hanya Pixel Watch 2 sahaja jam Google yang menjalankan Wear OS 4. Google turut menyatakan tiada tarikh kemas kini bagi jam ini selain ia mungkin akan tiba sekitar hujung tahun nanti.

Kebanyakan jam selain Pixel dan Samsung masih menjalankan Wear OS 3 dan dengan cara Google mengendalikan Wear OS 4 kita mungkin tidak akan melihat sistem operasi baharu ini dikemaskini kepada jam-jam lain dalam masa terdekat. Apa kata anda?

Komen