Carian
Eksekutif Vivo Ditahan Di India Atas Tuduhan Pengubahan Wang Haram
October 10, 2023 Effi Saharudin

Empat eksekutif Vivo telah ditahan di India oleh Direktorat Penguatkuasaan (ED) yang mempunyai kuasa dalam sebarang jenayah berkaitan kewangan. Mereka pada awalnya dipanggil untuk hadir ke ED sebelum ditahan dengan salah seorangnya adalah warga negara China. Vivo sebelum ini dituduh melakukan pengubahan wang secara haram bernilai 624 bilion Rupees (~RM34 bilion) ke luar daripada India ke China bagi mengelak membayar cukai.

India

Akibatnya sebanyak 134 akaun bank yang dimiliki oleh Vivo India telah dibekukan sebelum mahkamah mengembalikannya ke tangan Vivo. Vivo sudahpun mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan yang dikenakan dengan mereka berkata syarikat beroperasi mengikut garis panduan serta undang-undang India. Tindakan ke atas beberapa syarikat China di India mula diambil pihak berkuasa selepas berlaku pertempuran antara tentera kedua-dua negara di sempadan Himalaya.

Ini menjurus kepada ratusan aplikasi dari China termasuk WeChat dan TikTok diharamkan di India kerana didakwa boleh digunakan untuk tujuan pengintipan ke atas warga India.

Komen