Skrin OnePlus 12 Boleh Mencapai Kecerahan 2600 Nits
Fahim Zahar
Pixel 8 dan Pixel 8 Pro mengejutkan ramai orang apabila kecerahan skrin peranti boleh mencapai 2000 nits ke 2600 nits. Untuk pasaran luar Amerika Syarikat seperti di Malaysia. Xiaomi 13T telah pun menyokong kecerahan setinggi ini.
Terbaru, peranti OnePlus 12 pula dikatakan berkemampuan mencapai kecerahan skrin yang sama. Menurut laporan Digital Chat Station yang mendedahkan spesifikasi skrin peranti, OnePlus 12 akan hadir dengan skrin bersaiz 6.82″ panel AMOLED LTPO 120Hz beresolusi 3168 x 1440 serta PWM 2160Hz agar tiada masalah skrin berkelip.

Bukan itu sahaja, DGC turut menyatakan yang skrin OnePlus 12 dari segi bentuk dan bingkai meminjam panel sama Oppo Find X6 Pro yang tidak dijual di Malaysia. Selain itu OnePlus turut dikatakan akan menawarkan pilihan memori sehingga 24GB RAM dengan storan dalaman 1TB.
Dalam laporan kami yang lepas, peranti ini akan dilengkapi dengan konfigurasi kamera 50MP Sony IMX9xx bersaiz 1/1.4″, OIS + 50MP sensor sudut ultra-lebar + 64MP OmniVision OV64B 3x zum optikal dan 32MP kamera swafoto. Untuk cip pula, OnePlus dijangka akan menggunakan Snapdragon 8 Gen 3. Sama-sama kita nantikan.
[sumber] Weibo – DGS [/sumber]