Carian
WhatsApp Kini Menyokong Passkey
October 17, 2023 Effi Saharudin

Pengguna WhatsApp kini boleh menggunakan ciri Google Passkey untuk log masuk ke akaun mereka bermula hari ini. Menerusi Passkey, imbasan biometri cap jari, wajah dan pin boleh digunakan sebagai ganti memasukkan kata laluan. Sebelum ini kami laporkan WhatsApp menguji sokongan Passkey pada Ogos lalu.

Dengan Passkey keselamatan akaun adalah lebih terjamin kerana memerlukan sistem imbasan biometri. Dengan ini mendapat akses kepada nombor telefon sahaja tidak mencukupi untuk akaun digodam. Google sendiri mula mengaktifkan Passkey sebagai sistem keselamatan utama secara lalai pada akaun pengguna beberapa minggu lalu. Kerana ia melepasi piawaian Fido Alliance, Passket disokong pada pelabagai platform dan bukan sekadar untuk ekosistem Google sahaja.

Komen