Cari @ Amanz

Infinix Zero 30 5G merupakan peranti kelas pertengahan dengan fokus terhadap kebolehan rakaman swadoro yang baik khususnya untuk kegunaan vlogging. Melaluinya kamera swafoto 50MP yang menyokong rakaman video 4K60FPS disertakan pada peranti.

Berkongsi lanjut kehadiran peranti tersebut untuk pasaran Malaysia kini mula diacah secara rasmi. Pengenalannya dijadualkan berlangsung pada 2 November 2023, dan perkara itu dikongsi oleh Infinix menerusi kemaskini baharu di Facebook rasmi sebentar tadi.

Peranti disahkan hadir dengan skrin AMOLED 144Hz, cip MediaTek Dimensity 8020 dan kamera utama 108MP. Melihat secara langsung di sini terdapat kemungkinan ia boleh mengekalkan spesifikasi yang sama dengan peranti ditawarkan di beberapa pasaran luar.

Tetapi seperti biasa ada baiknya kita menunggu sahaja kemaskini rasmi daripada Infinix Malaysia sendiri berhubung perkara ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd