Bukan lagi rahsia Huawei kini dalam persediaan hadir dengan sebuah lagi peranti baharu di bawah siri Nova 11. Kelak dikenali sebagai Nova 11 SE, spesifikasi dan reka bentuk untuknya kini tertiris lebih awal menerusi beberapa tangkap layar tular sebelum pelancaran rasmi.

Melaluinya peranti dilihat mempunyai dua bonggol kamera di belakang dengan tri-sensor utama. Konfigurasi pula terdiri dengan 108MP utama, 8MP sudut lebar dan 2MP untuk makro. Kalau perasan ini adalah reka bentuk dan konfigurasi kamera yang sama boleh ditemui pada generasi terdahulu iaitu Nova 10 SE.

Turut disertakan ialah skrin OLED sebesar 6.67-inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Skrin juga sejenis berlubang di tengah yang memuatkan kamera swafoto 32MP. Tubuh pula sepenuhnya rata baik pada bahagian skrin mahupun sisi telefon itu sendiri.

Butiran mengenai cip pemposesan sekali lagi menjadi misteri namun peranti sekadar menyokong 4G LTE. Melengkapi peranti ini lagi termasuklah bateri 4500mAh, sistem pengecasan 66W, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB/256GB dan menjalankan HarmonyOS 4.
- Info
- Sumber – GSMArena