HarmonyOS 4 Kini Menguasakan Lebih 100 Juta Peranti
Aman
Huawei hari ini berkongsi menyatakan HarmonyOS 4 kini menguasakan lebih 100 juta peranti di pasaran. Angka ini boleh dikatakan dicapai dengan agak pantas, memandangkan HarmonyOS 4 dilancarkan pada Ogos 2023 lepas.

Ketika pelancaran, HarmonyOS 4 dikatakan menawarkan operasi 20% lebih pantas, disamping menawarkan penggunaan tenaga lebih 30% efisien berbanding versi sebelumnya.
Buat masa ini, hanya Huawei Watch GT 4 yang hadir dengan HarmonyOS 4 secara terbina. Sementara peranti lain yang menyokong Harmony OS 4 masih menantikan sokongan kemaskini dan naik-taraf rasmi sebelum dapat menikmatinya. Secara keseluruhan, sebelum ini ia pernah dikongsikan peranti yang menggunakan HarmonyOS mencapai lebih 700 juta – termasuk peranti boleh-pakai, televisyen dan sebagainya.
[sumber]Weibo[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.