Baru sahaja beberapa hari lepas kemas kini One UI 6.0 berasaskan Android 14 diedarkan kepada pengguna Samsung Galaxy S23, S23+ dan S23 Ultra di Jerman. Hari ini Samsung turut telah mengeluarkan senarai peranti yang akan menerima kemas kini ini. Sejurus selepas itu, peranti-peranti di bawah siri S23 di Malaysia pula mula menerima kemas kini yang sama.
One UI 6.0 dilihat memfokuskan kepada rekaan antaramuka dan kustomasi. Pertama sekali adalah susunan talam notifikasi dan talam pintasan pantas baharu dengan pulau khas. Selain turut kini mempunyai penggunaan widget baharu, kamera dikuasakan AI, mod pesawat pintar di mana ia tidak akan mematikan Bluetooth atau WiFi dan banyak lagi.
Samsung semakin pantas menawarkan kemas kini sistem operasi mereka sejak kebelakangan ini. Pada tahun sebelum ini, sistem operasi terkini hanya diterima pada bulan Disember. Siri Galaxy S, Galaxy Z dan Galaxy A mula menerima sokongan empat versi Android dan lima tahun tampalan sekuriti sejak tahun lalu. Siri S23 juga adalah peranti pertama di Malaysia yang menerima kemas kini stabil Android 14 berbanding pesaing lain.
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia