Pengecas Nirwayar Menyokong Qi2 Akan Mula Dijual Sebelum 2023 Berakhir
Effi Saharudin
Format pengecasan nirwayar Qi V2.0 sudah diumumkan piawaiannya sebelum ini. Qi BV2.0 menarik kerana ia dibangunkan oleh Wireless Power Consortium (WPC) bersama dengan Apple bagi menghasilkan piawaian baharu pengecasan nirwayar 15W dengan sistem magnet yang serasi dengan MagSafe.

WPC mengumumkan Qi V2.0 sudah melepasi pelbagai ujian dengan produk pengecas pertama yang menyokongnya akan memasuki pasaran sebelum berakhirnya 2023. Siri iPhone 15 ialah peranti pertama yang menyokong Qi V2.0. Hanya pengecas nirwayar yang menyokong pengecasan sehingga 15W dan mempunyai magnet boleh menggunakan logo “Qi2” pada bungkusan jualan.
Pengecas yang sekadar mengecas pada kuasa 15W tanpa sokongan magnet akan kekal menggunakan logo “Qi” sahaja pada waktu. Menerusi format pengecasan ini, WPC ingin memperkenalkan standard yang boleh disokong oleh semua pengeluar sekaligus tidak mengelirukan pengguna yang mungkin tidak tahu pengecas mana yang serasi dengan peranti mereka.
[sumber] Wireless Power Consortium [/sumber]