Selepas bertahun menentang penggunaannya, Apple akhirnya mengalah dan akan menyokong sistem RCS pada iPhone bermula tahun depan. Menurut laporan 9to5Mac, Apple akan mula menyokong RCS Universal Profile yang merupakan piawaian yang ditetapkan oleh GSM Association.

Dengan sokongan RCS, isu teks daripada Android dipaparkan dalam warna hijau di dalam iMessage akan dapat diselesaikan. Apple telah lama digesa supaya menyokong RCS oleh Google d kerana ia membawakan lebih banyak ciri lebih moden seperti dihantar menggunakan WiFi, sokongan multimedia kualiti tinggi, melihat mesej diterima dan juga melihat mesej sedang ditaip.
Pengumuman Apple ini hadir kerana EU menguatkuasakan Digital Markets Act yang memaksa pengeluar membolehkan mesej diterima pengguna rentas platform. Ia sama sahaja seperti tindakan mereka akur menggunakan USB-C pada iPhone juga kerana yang diperkenalkan EU.