Infinix GT 10 Pro adalah peranti gaming pertama Infinix yang dijana Dimensity 8050 dan menjalankan XOS for GT yang tiada aplikasi gendut yang mengarut. Dalam ujian di makmal Amanz, peranti ini adalah sebuah peranti kelas pertengahan yang bagus, berbaloi dan pasti akan membuatkan pesaing terkedu.

Peranti ini ketika pelancaran dijual pada harga RM999. Baru-baru ini ketika saya sedang mencari senarai peranti yang ingin saya cadangkan kepada ahli keluarga, harga Infinix GT 10 Pro di Shopee dilihat telah meningkat RM50 ke RM1049. Walaupun meningkat sedikit, peranti ini masih lagi berbaloi untuk dimiliki berbanding pesaing dengan spesifikasi yang sama.

GT 10 Pro menggunakan skrin AMOLED 120Hz bersaiz 6.67″, dijana cip Dimensity 8050 yang dipadankan dengan memori 8+8 GB RAM dan storan dalaman 256 GB. Konfigurasi kamera adalah 108+2+2 Megapixel, kamera swafoto 32MP, kemudian bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 45W. Pengimbas cap jari adalah jenis bawah skrin dan peranti ini turut mempunyai sistem lampu LED untuk inotifikasi dan mod permua.