Pembangun aplikasi perlu membayar 15% kepada Google ke atas semua pembayaran yang dilakukan menerusi Play Store. Tetapi dalam pembicaraan Epic Store melawan Google yang sedang berlangsung, Spotify didedahkan hanya perlu membayar potongan 4% sahaja untuk setiap pembayaran.

Lebih menari ialah Spotify tidak perlu membayar apa-apa kepada Google jika bayaran dilakukan di luar Play Store. Ini adalah kerana Spotify diberikan layanan istimewa oleh Google memandangkan ia antara aplikasi yang mempunyai jumlah langganan bulanan yang tertinggi. Google dipercayai cuba merahsiakan hal ini daripada diketahui oleh umum bagi mengelakkan pembangun aplikasi yang lain turut meminta layanan yang sama.
Tidak seperti di platform Android, Spotify perlu membayar potongan sehingga 30% kepada Apple untuk pembayaran menerusi App Store. Ini menyebabkan Spotify melaporkan Apple ke Suruhanjaya Eropah awal tahun ini. Spotify juga kini tidak lagi menerima bayaran langganan menerusi App Store bagi mengelakkan potongan diambil Apple.
- Sumber
- The Verge