Cari @ Amanz

Perang dingin antara Spotify dan Apple yang sudah berlarutan sejak beberapa tahun yang lalu kini semakin hangat. Spotify, Deezer, Proton, Basecamp, Schibsted, France Digitale, News Media Europe dan European Publishers Council telah menghantar surut kepada timbalan presiden eksekutif Suruhanjaya Eropah (EC) meminta supaya amalan perniagaan Apple yang didakwa anti persaingan ditamatkan.

Antara dakwaan amalan anti persaingan yang dilakukan oleh Apple adalah mengenakan potongan bayaran langganan yang tinggi, keperluan menggunakan sistem pembayaran App Store dan mengiklankan aplikasi sendiri berbanding aplikasi lain di App Store. Oktober tahun lalu Spotify mendakwa Apple masih melakukan amalan perniagaan anti pesaing kerana menyukarkan proses membeli buku audio.

Kesatuan Eropah akan menguatkuasakan akta Digital Markets Act (DMA) bagi mengharamkan amalan tertentu yang digunakan oleh platform besar bagi mengekalkan pengguna dalam ekosistem mereka.

Menerusi DMA juga, EU akan memastikan sokongan penghantaran rentas platform pada aplikasi pemesejan popular syarikat teknologi utama seperti Google, Meta, Apple, dan Microsoft. Definisi syarikat teknologi utama adalah yang mempunyai sekurang-kurangnya 45 juta pengguna bulanan dan modal pasaran melebihi €75 bilion.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd