Carian
Malaysia Mungkin Mempunyai Tapak Pelancaran Roket Sebelum 2030
November 21, 2023 Aman

Selain berkongsi sasaran untuk mempunyai satelit penderiaan jauh tersendiri, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut menyatakan Malaysia mungkin akan mempunyai tapak pelancaran roket sebelum 2030 kelak. Dengan langkah ini, industri aeroangkasa di Malaysia dijangka akan terus mekar dan membolehkan Malaysia menerajui arena ini di rantau sini.

Kedudukan negara Malaysia dikatakan mempunyai beberapa keunikkan tersendiri sebagai tapak pelancaran, termasuk kedudukan yang berhampiran dengan garisan khatulistiwa. Sebelum ini, kerajaan telah membangunkan garis panduan kajian kebolehlaksanaan pembangunan tapak pelancaran ke angkasa lepas.

Lokasi tapak pelancaran berkaitan tidak dinyatakan. Namun, Sabah pernah mengatakan sedang turut mengkaji kesesuaian pusat pelancaran ke angkasa di negeri tersebut.

Komen