Teknologi menangkap dan storan karbon (CCS) digunakan untuk mengurangkan karbon dioksida di udara. Ia antara penyelesaian kepada ketumpatan CO2 di udara yang kini mencapai tahap tertinggi dalam sejarah peradaban dunia. Pada waktu ini industri CCS didominasi negara Eropah, China dan Amerika Syarikat. Tetapi Kementerian Ekonomi ini membangunkan industri ini secara keseluruhan bagi menjadikan Malaysia peneraju CSS di rantau Asia.

Hasrat ini disampaikan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika acara Persidangan Industri CCS yang pertama kalinya diadakan di ibu negara hari ini. Menurut beliau lagi Malaysia mempunyai potensi menjadi peneraju teknologi CSS kerana mempunyai telaga minyak yang tidak lagi digunakan sebagai tempat storan. Dengan itu negara luar boleh mengeksport CO2 ke Malaysia untuk disimpan kelak.
Antara langkah yang akan diambil oleh Kementerian Ekonomi ialah mempercepatkan proses penggubal undang-undang khusus CCS dengan ia akan diluluskan dalam asa 12-15 bulan sahaja berbanding 2-4 tahun kebiasaannya. CCS kelak akan menjadi industri baharu di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Di Malaysia PETRONAS telahpun memulakan projek CCS mereka di Bintulu Sarawak dengan kerjasama Shell serta Japan Petroleum Exploration Co. Limited (JAPEX) sejak tahun lalu.