Carian
Ulasan TV Samsung Neo QLED 8K QN800C & Soundbar Q990C
November 25, 2023 Ikhwan Nazri

Akhir tahun menjelang tiba dan selain dari menghabiskan cuti-cuti yang berbaki tahun ini, anda juga mungkin sedang berkira-kira mengenai bonus yang bakal anda terima, dan apa yang anda boleh berbelanja untuknya. Sekiranya anda berkemampuan atau bekerja bertungkus lumus dan bakal memperoleh bonus gaji setanding harga sebuah Perodua Axia, mungkin kombinasi sistem TV dan Soundbar dari Samsung ini boleh anda fikirkan.

Televisyen: Samsung Neo QLED 8K QN800C

Pelbagai televisyen ditawarkan di pasaran dan Samsung antara pengeluar utama yang membawakan teknologi QLED untuk televisyen mereka. Pada televisyen Samsung Neo QLED 8K QN800C ini Samsung telah menawarkan televisyen yang sarat dengan pelbagai fungsi seperti HDR 10+, tahap terang 2,000 nits, WiFi 6E, pembesar suara Dolby Atmos dan bermacam lagi. Malah ia turut menyokong pelbagai sambungan menerusi kotak One Connect.

Dengan harga jualan bermula RM22,699 sebuah memang ia bukan TV untuk marhaen. Tetapi QN800C ialah seperti sebuah kereta lumba eksotik. Untuk menikmati kualiti visual tahap mercu dan dipadankan pula dengan ciri tambahan canggih, memang anda perlu berbelanja lebih.

Pro

  • Skrin yang cukup besar untuk memberikan pengalaman seperti wujud wayang di rumah.
  • Kualiti visual yang amat baik keterangan mencecah 2000 nits.
  • Sokongan HDR10+.
  • Sokongan audio Dolby Atmos.
  • Sokongan ekosistem Samsung menerusi Tizen Smart TV OS.
  • Pilihan I/O yang memuaskan seperti 4x HDMI 2.1.

Kontra

  • Tiada sokongan Dolby Vision.
  • Memerlukan peranti Samsung dan pengguna SmartThings untuk dimanfaatkan sepenuhnya.
  • Harga yang setanding sebuah kereta.
  • Beli:

Pembesar Suara: Soundbar Samsung Q990C

Tidak lengkap televisyen tanpa soundbar bersesuaian dan Samsung menawarkan Soundbar Q990C yang menyokong audio saluran 11.1.4. Ia terdiri daripada satu soundbar sepanjang 1.2 meter, dua speaker satelit untuk saluran audio belakang dan satu subwoofer. Soundbar utama mempunyai rekaan berkotak dengan tubuh diperbuat daripada logam.

Dengan fungsi Dolby Atmos ada pembesar suara ini, anda dapat mendengar setiap bunyi letupan bom, desiran butiran pasir yang jatuh dari langit, bunyi peluru bersimpang siur dari pelbagai arah tetapi pada waktu yang sama dialog percakapan watak kedengaran jelas. Tiada isu suara ditenggelami oleh bunyi persekitaran. Untuk menonton filem kami tidak perah mengulas soundbar sebaik Q990C.

Tetapi Q990C juga cemerlang sebagai sistem audio mendengar muzik di rumah. Jika anda mempunyai Apple Music, sistem Dolby Atmos Q990C boleh dimanfaatkan sepenuhnya. Pada hara RM6499 ia memang sebuah sistem yang mahal tetapi untuk kepuasan mendengar audio yang baik ia adalah

Pro

  • Sistem audio yang lengkap.
  • Sokongan Dolby Atmos.
  • Sesuai untuk pelbagai jenis kandungan.
  • Bass yang mantap.
  • Sokongam Chromecast, Air Play 2 dan Spotify Connect.

Kontra

  • Perisian SmartThings tidak mesra pengguna.
  • Memerlukan ruang besar di rumah.
  • Hanya sesuai untuk TV bersaiz besar.
  • Beli:
Komen