OnePlus 12 merupakan peranti mercu baharu yang bakal tiba di pasaran tidak lama lagi. Ini termasuklah di China pada 5 Disember akan datang seterusnya memasuki pasaran global pula sekitar Januari 2024. Perkara ini sekaligus mampu memberi persaingan kepada peranti lain dalam segmen yang sama berdasarkan prestasi masing-masing.
Dalam perkembangan terkini spesifikasi khusus untuk sistem kamera pada peranti ini telah didedahkan menerusi poster rasmi. Ia menunjukkan peranti akan mempunyai sensor utama berasaskan Sony LYTIA LYT-T808 dengan sokongan OIS. Ini digabungkan juga dengan sensor ultra sudut lebar 48MP Sony IMX581 dan sensor telefoto periskop 64MP yang boleh berasaskan OmniVision OV64B dengan kemampuan zum optikal mencapai 3X.
Sebagai tambahan sensor berbilang spektrum 13 saluran juga disertakan bertujuan meningkatkan keupayaan persediaan sistem kamera ini. Dalam aspek lain peranti juga akan dilengkapi cip terkini Snapdragon 8 Gen 3 bersama memori mencapai 24GB RAM dan storan dalaman 1TB. Reka bentuk peranti juga telah diperlihatkan secara rasmi dengan elemen lebih kurang sama seperti model terdahulu.
- Sumber – Weibo