OnePlus 12 Akan Dilancarkan Untuk Pasaran Global Pada 24 Januari 2024
Fahim Zahar
OnePlus 12 adalah peranti mercu baharu OnePlus yang akan dilancarkan di China pada 5 Disember akan datang. Peranti ini akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, menggunakan sistem kamera Sony LYTIA baharu dengan kerjasama Hasselblad, menyokong USB 3.2 yang lebih pantas serta akan hadir dengan pilihan warna baharu.

Terbaru, Android Authority melaporkan yang pihak OnePlus mungkin akan melancarkan peranti ini di peringkat global pada 24 Januari 2024 nanti. Informasi ini diperoleh melalui laman web OnePlus di Amerika Syarikat dan juga India yang sedang melakukan kempen giveaway OnePlus 12. Bukan itu sahaja, turut terdapat petanda yang OnePlus mungkin akan melancarkan satu lagi peranti di bawah siri OnePlus 12, ia dikatakan berkemungkinan besar adalah OnePlus 12R.

Wakil OnePlus Malaysia ada memberitahu kami yang OnePlus 12 besar kemungkinan turut akan memasuki pasaran tempatan pada bulan Januari 2024 tetapi tidak mereka tidak dibenarkan mendedahkan butiran lanjut kepada kami buat masa ini. Sama-sama kita nantikan kehadiran OnePlus 12 akan datang.
[info] Ulasan – OnePlus 11 Cukup Handal Untuk Diandalkan [/info]
[sumber] Android Authority [/sumber]