Meskipun tarikh pelancaran masih berstatus rahsia tetapi peranti Oppo Reno11 5G didapati telah melepasi SIRIM. Perkara ini sekaligus menandakan ia boleh dilancarkan untuk pasaran tempatan yang turut diikuti dengan Oppo Reno11 Pro 5G seperti dilaporkan sebelum ini.

Ia telah didaftarkan oleh pihak yang sama iaitu Jie Business Sdn Bhd dengan kod nama CPH2599 (OPPO Reno11 5G) sejak semalam. Sudah pastinya soalan utama kini tertumpu pada spesifikasi utama peranti yang masih belum jelas sama ada serupa seperti di China atau sebaliknya.

Sekiranya sama bermakna peranti boleh dilengkapi skrin AMOLED 120Hz, cip MediaTek Dimensity 8200, bateri 4,800mAh, sistem pengecasan 67W dan sensor utama 50MP. Tetapi dirasakan lebih baik jika menunggu kemaskini daripada pihak Oppo sendiri berhubung hal ini.