Format pengecasan nirwayar Qi2 dibangunkan oleh Apple dan juga Wireless Power Consortium untuk membawa pengecasan nirwayar magnetik yang pantas kepada semua telefon pintar. Kebanyakan aksesori dan juga peranti yang menyokong Qi2 akan mula dijual pada hujung tahun ini.
Antara peranti yang telah disahkan menyokong Qi2 adalah iPhone 15. Tetapi selepas kemas kini iOS 17.2 – iPhone 13 dan iPhone 14 turut xxfyymenyokong pengecasan nirwayar Qi2. Ini secara tidak langsung membolehkan kesemua iPhone 13 dan 14 dicas secara nirwayar dengan kuasa mencapai 15W tanpa menggunakan aksesori rasmi Apple.

Qi2 secara asasnya adalah MagSafe untuk semua. Ia membawakan sokongan pengecasan nirwayar magnetik 15W, sementara tanpa magnet pada kuasa 7.5W. Aksesori Qi2 kelak turut akan mempunyai label khas, menjadikan ia sebagai pawaiain pengecasan nirwayar baharu.