Cari @ Amanz

Beeper Mini adalah jalan penyelesaian terbaik untuk pengguna Android menikmati iMessage. Ia tidak memerlukan sebarang akaun Apple ID, ia tidak log masuk data pengguna ke sebuah pelayan Mac Mini dan setiap mesej dijamin disulitkan. Akan datang, Beeper Mini turut akan menyertakan sokongan FaceTime pula.

Beeper yang asal kini digelar sebagai Beeper Cloud, di mana banyak platform pemesejan seperti WhatsApp, Twitter, Instagram, Signal, Telegram, RCS dan lain-lain boleh digunakan dalam satu aplikasi. Beeper Cloud walau bagaimanapun menghubungkan akaun pengguna ke sebuah pelayan khas peribadi. Akan datang, sekitar 15 platform pemesejan akan diintegrasikan dalam aplikasi seakan Beeper Mini – agar suatu hari nanti mereka boleh menggunakan nama Beeper sahaja.

Beeper Mini turut akan dikemaskini untuk sokongan tablet, setiap mesej boleh disandarkan dan dipulihkan, Chat Bubbles untuk peranti Android, menjadualkan mesej dan banyak lagi. Aplikasi ini turut dijamin disulitkan dari hujung-ke-hujung tanpa bergantung kepada mana-mana pelayan peribadi.

Adakah anda akan menggunakan Beeper Mini atau nanti Beeper sebagai aplikasi pemesejan semua dalam satu dan dikenakan bayaran RM9.99 sebulan? Saya sudah menggunakan Beeper (kini Beeper Cloud) untuk hampir dua tahun, Beeper Mini jika telah menyokong semua platform pemesejan yang saya gunakan sekarang – saya pasti akan melanggannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd