Cari @ Amanz

Realme GT5 Pro diumumkan semalam dengan ia turut dilengkapi cip mereka Snapdragon 8 Gen 3. Semakin banyak peranti dengan cip in membuatkan orang ramai pasti mempunyai kesukaran memilih peranti yang ingin dibeli. GT5 Pro sebenarnya mempunyai ciri menarik nyahkunci peranti menggunakan imbasan tapak tangan.

Tiada peranti lain di pasaran dengan ciri yang serupa. Malahan ciri ini mirip dengan sistem Amazon One yang turut mengimbas tapak tangan bagi pengesanan identiti bagi melakukan pembayaran dan sistem keselamatan di pejabat. Selain digunakan untuk menyahkunci, kamera hadapan GT5 Pro juga boleh mengesan gestur jari pengguna. Pengguna boleh melakukan Like, mengubah antara video dan mengawal kursor tanpa menyentuh skrin.

Masih tiada maklumat sama ada GT5 Pro akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat. GT3 Pro yang diumumkan Februari lalu hanya akan mula dijual secara rasmi di pasaran tempatan pada minggu depan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd