Pengguna iPhone kini boleh memuat turun kemas kini iOS 17.2 pagi ini. Menerusi iOS 17.2, ciri Journal yang diumumkan sebelum akhirnya boleh digunakan oleh pengguna. Ia adalah ciri seakan menghasilkan jurnal peribadi yang boleh menyokong teks serta gambar. Kerana kandungan yang disimpan mungkin bersifat peribadi, Journal boleh dikunci menggunakan Face ID atau Touch ID. Penyulitan hujung-ke-hujung juga diaktifkan apabila sandaran ke iCloud dilakukan.

Pagi pemilik siri iPhone 13 dan iPhone 154 pula, kemas kini ini juga mengaktifkan sokongan format pengecasan nirwayar Qi2 dengan kuasa maksimum 15W sama seperti pengecas MagSafe. Sebelum ini hanya iPhone 15 menyokong Qi2 sejak ia dilancarkan. Turut hadir dalam kemas kini bersaiz 1.49GB ini ialah sokongan rakaman Spatial Video pada peranti iPhone 15 Pro. Video 3D ini kemudiannya hanya boleh ditonton semula menggunakan set kepala Vision Pro yang dijual tahun depan. Sila lakukan kemas kini secara OTA pada peranti anda pagi ini untuk menikmati kesemua ciri yang telah diumumkan.