Kes saman Epic Games ke atas Google berakhir dengan juri memberikan keputusan memihak Epic Games. Juri bersetuju bahawa Google menggunakan kelebihan mereka dalam gedung Play Store untuk melakukan perniagaan bersifat monopoli. Saman difailkan oleh Epic Games tiga tahun lalu selepas Fortnite ditarik daripada Play Store dan Apple Store kerana menjual V-Bucks secara terus kepada pemain memintas sistem pembayaran Google serta Apple.

Epic Games tidak meminta sebarang ganti rugi daripada Google semasa memfailkan saman. Mereka melihat keputusan hari ini memberikan kuasa kembali ke tangan pembangun untuk menjana pendapatan tanpa perlu membayar potongan kepada pemilik stor digital. Juri dipercayai memihak kepada Epic Games kerana Google mengambil potongan lebih kecil daripada Spotify yang tidak diberikan kepada pembangun lain.
Google telahpun mengeluarkan kenyataan mereka akan melakukan rayuan ke atas keputusan ini. Sementara itu Epic Games mengeluarkan kenyataan berkata “kejayaan mereka hari ini ialah kejayaan buat semua pembangun kerana amalan gedung aplikasi Google adalah menyalahi undang-undang dan mereka menyalahgunakan monopoli mereka untuk mengenakan yuran yang terlalu tinggi, menyekat persaingan dan mengurangkan inovasi.”