Cari @ Amanz

Peranti Pixel Akan Menggunakan Pembantu Maya AI Baharu Pixie

Link Copied!

Selepas memperkenalkan model AI Gemini Nano pada peranti Pixel 8 Pro minggu lalu, Google akan memperkenalkan pula pembantu maya baharu yang diberi nama Pixie. Ini adalah menurut laporan The Information dengan Pixie pada waktu ini nama kod yang digunakan untuk pembangunan oleh Google dan bukan nama akhir apabila ia dilancarkan kelak.

Pixie akan menggunakan kecerdasan buatan bagi membolehkan ia melakukan tugasan lebih baik berbanding Assistant. Ia boleh mencari maklumat pengguna daripada pelbagai aplikasi dalam peranti pintar bagi memberikan jawapan yang lebih tepat. Adalah dipercayai Pixie akan diperkenalkan pada peranti Pixel 9 tahun depan dengan ia memerlukan cip Tensor untuk berfungsi. Seperti yang boleh kita dengari akhir-akhir ini, pengeluar Android akan menawarkan AI terbina sendiri. Siri Samsung Galaxy S24 misalnya akan hadir dengan model Samsung Gauss secara terbina.

Era peranti dengan AI terbina akan bermula tahun depan. Bukan sekadar di Android tetapi juga di iPhone dan PC. Terdapat beberapa model AI bersaiz kecil diumumkan sejak empat minggu kebelakangan ini yang dihasilkan khusus untuk peranti mudah alih. Ucapkan selamat tinggal kepada Siri, Assistant dan Alexa kerana pembantu maya dengan AI akan menggantikan kesemuanya dalam masa terdekat.


Komen ()