Carian
Huawei Akan Melancarkan Peranti Nova Baharu Pada 26 Disember Ini
December 18, 2023 Amy Maizuraa

Selang hampir lapan bulan selepas pelancaran siri Huawei Nova 11 nampaknya generasi baharunya bakal tiba dalam masa terdekat. Dikenali sebagai Huawei Nova 12, peranti sedia diperlihatkan dalam video promosi rasmi di Weibo. Ini secara tidak langsung dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai penawaran padanya.

Melaluinya panel belakang peranti ini hadir dengan bahan seakan kulit dalam kemasan serba biru. Selain itu corak bertulis Nova turut mendominasi panel tersebut bersama bonggol kamera agak besar. Sebanyak tiga lensa digunakan dengan dua daripadanya diletakkan bersama. Sementara itu satu lagi berasingan yang bersebelahan dengan LED Flash.

Tubuh pula masih lagi melengkung seperti sebelum ini. Besar kemungkinan panel hadapannya juga melengkung bersama lubang kecil untuk peletakan kamera swafoto. Tiada maklumat mengenai perkakasan dalaman didedahkan buat masa ini. Tetapi peranti ini akan dilancarkan secara rasmi di China pada 26 Disember akan datang.

Komen