Adobe Membatalkan Hasrat Pengambil-alihan Figma
Aman
Adobe kini mengumumkan mereka dan Figma telah bersetuju untuk membatalkan perancangan pengambil-alihan yang diumumkan pada 2022 lepas, selepas melihat pelbagai kekangan dan halangan dalam proses pengambil-alihan berkenaan, terutamanya di Eropah.
Sebelum ini, Adobe telah menawarkan untuk mengambil-alih Figma pada nilai mencapai $20 bilion (~RM90 bilion).
Sejak pengumuman pengambil-alihan berkenaan, beberapa pihak telah menyatakan kesan terhadap persaingan dan pasaran kreatif sendiri akibat pengambil-alihan oleh Adobe ini.
Apa pun, dengan pengumuman bersama hari ini, mungkin kita akan melihat kedua-dua syarikat kekal kompetitif bergerak ke hadapan secara berasingan. Dan mungkin juga kita akan melihat Adobe XD diteruskan dan tidak ditamatkan begitu sahaja.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.