Carian
Tesla Cybertruck Akan Ditawarkan Dengan Kit Mengubahnya Menjadi Bot
December 20, 2023 Effi Saharudin

Tesla Cybertruck akhirnya mula diterima pembeli selepas kelewatan lebih dua tahun. Pasca pelancaran masih ramai mengatakan ia adalah kenderaan paling hodoh 2023 dan ada juga yang mengatakan ia adalah anjakan paradigma dalam rekaan automotif. Elon Musk menerusi ciapan di X kini mengatakan mereka akan menawarkan kit yang membolehkan Cybertruck beroperasi sebagai sebuah bot.

Kit Cybercat

Kit akan meningkatkan kemampuan menghalang kemasukan air menerusi pintu. Tambah Musk, menerusi kit Cybertruck boleh beroperasi seperti bot sehingga jarak 100 meter sahaja. Ini bukanlah jarak yang jauh tetapi berguna dalam situasi banjir kilat yang kerap berlaku di Malaysia ketika musim tengkujuh.

Sebelum ini terdapat syarikat pihak ketiga yang ingin menawarkan kit mengapung Cybercat yang membolehkan Cybertruck berubah menjadi sebuah bot. Apa yang ingin ditawarkan oleh Tesla berbeza kerana tiada aksesori luaran perlu ditambah.

Komen