Cari @ Amanz

Beeper nampaknya akan mengalah dalam menawarkan penggunaan iMessage pada Android. Dalam kemas kini baharu Beeper Mini, pengguna diwajibkan log masuk akaun Apple ID ke sebuah peranti Mac atau iOS untuk mendapatkan kod pendaftaran iMessage yang sahih kerana Apple telah menghalang penggunaan iMessage yang menggunakan identiti peranti palsu. Bukan itu sahaja, Beeper turut menggalakkan pengguna menggunakan iPhone yang telah dijailbreak.

Buat masa ini mereka yakin yang kemas kini baharu ini tidak akan dihalang oleh Apple. Tetapi jika Apple masih bertegas, Beeper menyatakan mereka akan terus berhenti membawakan sokongan iMessage pada Android. Bukan itu sahaja, sumber kod Beeper Mini yang membolehkan pengguna Android menggunakan iMessage tanpa akaun Apple ID turut dibuka kepada umum agar sesiapa sahaja boleh menyemak, membaiki dan membangunkan sesuatu dengannya.

Jadi buat masa sekarang, pengguna Android yang ingin menggunakan iMessage pada peranti masing-masing atau pada komputer Windows – Beeper Cloud yang memerlukan pengguna log masuk Apple ID ke pelayan Mac. Sunbird, Nothing Chat dan Beeper telah terkesan. Text di bawah Automattic (syarikat di sebalik Claude AI, WordPress) turut akan mengubah strategi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd