Cari @ Amanz

Setahun selepas digodam oleh kumpulan Lapsus$, kod sumber Grand Theft Auto VI telah ditiriskan ke arena web. Saluran Discord, Telegram dan web gelap telah digunakan untuk menyebarkan kandungan yang dicuri daripada Rockstar. Tahun lalu selepas Rockstar digodam oleh Arion Kurtaj, hanya sebahagian kod sumber sahaja telah didedahkan.

Menurut individu yang mengongsi kod sumber ini, tindakan dilalukan sebagai menghargai usaha Arion Kurtaj yang dikenakan perintah tahanan di hospital psikiatri seumur hidup minggu lalu selepas didapati bersalah menggodam Rockstar. Lebih 90 video Grand Theft Auto VI (GTA 6) didedahkan lebih awal akibat serangan beliau.

Yang menjadikan insiden godaman Rockstar ini menarik ialah ia dilakukan menggunakan TV, sebatang Amazon Firestick dan telefon pintar sahaja oleh Kurtaj yang pada ketika itu ditahan oleh polis di sebuah hotel selepas menggodam NVIDIA.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd