Cari @ Amanz

Tahun lalu Rockstar Games menjadi mangsa kumpulan penggodam Lapsus$ yang menyebabkan 90 video ujian awal Grand Theft Auto VI (GTA 6) tertiris ke laman web. Selain menyebabkan pembangunan permainan terhenti seketika, ia turut dipercayai menyebabkan kerugian mencecah $10 juta. Arion Kurtaj, salah seorang suspek ahli kumpulan Lapsus$ telah ditahan dan mahkamah telah mengarahkan beliau dikenakan tahanan di hospital psikiatri sepanjang hayat.

Arion Kurtaj adalah seorang autistik dan selepas ditahan bertindak ganas sehingga mencederakan orang ramai serta merosakkan harta benda. Beliau mengaku akan kembali melakukan aktiviti menggodam sekiranya dibebaskan. Oleh sebab itu arahan tahanan di hospital psikiatri dikeluarkan oleh mahkamah untuk keselamatan diri beliau sendiri dan juga orang ramai. Beliau hanya akan dibebaskan sekiranya didapati tidak lagi mendatangkan sebarang bahaya.

Kurtaj sebelum ini ditahan kerana menggodam NVIDIA yang menyebabkan komputer riba dirampas. Tetapi semasa ditahan di hotel beliau berjaya menggodam Rockstar Games menggunakan sebuah Amazon Firestick, TV dan telefon pintar sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd