Xiaomi memulakan era dunia automotif mereka selepas melancarkan kereta elektrik (EV) Xiaomi SU7 sebentar tadi. Dunia model akan ditawarkan dengan kemampuan bergerak sehingga 800 km dan memecut sehingga 265 kmj. Ketika acara pelancaran, CEO Xiaomi Lei Jun mengatakan syarikatnya menyasarkan ingin menjadi kuasa besar dalam dunia automotif global dalam masa 15-20 tahun lagi.
Sasaran yang agak tinggi ini cuba dilakukan dalam masa yang agak singkat. Toyota misalnya mengambil masa lebih lima dekad sebelum menjadi pengeluar kereta terbesar di dunia. Sungguhpun begitu ia bukanlah sasaran yang mustahil kerana BYD misalnya hampir memintas Tesla selepas hanya 12 tahun memasuki arena EV.
Walaupun telah dilancarkan, harga jualan SU7 dan SU7 Max masih belum diumumkan. Xiaomi sekadar berkata ia menyasarkan prestasi seakan Porsche Taycan tetapi teknologi secanggih Tesla Model S. Yang pasti harga jualan Xiaomi akan lebih rendah berbanding dua EV keluaran Barat ini.