Carian
Copilot Pada Microsoft Edge Android Dan iOS Kini Menyokong Pemalam Dan Merumuskan Video
December 29, 2023 Fahim Zahar

Microsoft sedang sibuk menjayakan perkhidmatan Copilot mereka. Baru-baru ini aplikasi khas untuk peranti Android diperkenalkan. Terkini, aplikasi pelayar web Edge pada peranti pintar telah dikemaskini untuk menyokong Copilot dengan ciri dan fungsi hampir sama pada desktop.

Copilot pada Edge ini boleh digunakan pada kedua-dua peranti iOS dan Android. Ciri pertama adalah membaca PDF dan menjana rumusan atau memberi nilai penting dalam bentuk senarai. Kedua adalah Plugin, yang mana pengguna boleh memilih Instacart, Kayak, Klarna, OpenTable, Shop, Search atau akan datang Suno.

Ketiga, pengguna turut boleh terus menjana imej dengan DALL-E 3 terus dari Edge. Akhir sekali adalah ciri yang lebih kurang sama pada Bard, di mana Copilot boleh merumuskan video yang dimainkan dalam Edge. Video itu haruslah mempunyai sari kata dan/atau transkrip kerana ia mengimbas teks bukan bingkai setiap video.

Khusus untuk pengguna iPad, Microsoft turut sedang menguji paparan Copilot dalam skrin penuh. Jika ciri ini tidak boleh digunakan, ia boleh diaktifkan melalui tetapan edge://flags dan cari “copilot”.

Komen